Pages

Wednesday 15 February 2012

GULAI AYAM

Gulai ayam ni saya masak untuk dimakan dengan nasi dagang Terengganu . Saya ikut resepi yang dibagi pada bungkusan rempah gulai ayam ni yang saya beli di Pasar Payang , Kuala Terengganu . Jika tak ada rempah gulai ayam ni boleh diganti dengan rempah kari ayam biasa . Makan nasi dagang mesti la dengan gulai ayam yang dimasak ikut cara orang Terengganu baru la sedapkan . 

Resepi yang saya bagi ni hanya la panduan jadi kalau ada sesiapa yang nak cuba masak anda boleh ubah suai atau tambah serta kurangkan bahan-bahan ikut selera sendiri ya . PENGALAMAN adalah GURU terbaik bila masuk bab memasak ni selain itu trial&error adalah cara saya belajar masak , bila selalu masak kita dapat mahir dan perbaiki cara kita masak.


BAHAN-BAHAN :

1 ekor ayam - bersihkan dan dipotong
4-5 sudu besar rempah gulai ayam 
3 cawan santan pekat - boleh tambah
1 cawan santan cair
2 sudu kerisik
2 sudu besar cili kisar - boleh tambah
1 cawan santan cair - boleh tambah
2 biji buah tomato - dibelah 4
2 keping asam keping - boleh tambah
Gula melaka/kabung secukup rasa
Garam secukup rasa


Boleh ditambah atau dikurangkan bahan-bahan ikut pada selera sendiri . 

BAHAN DIKISAR HALUS :

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan 

CARA MEMASAK :

1. Bersihkan ayam dan ke tepikan dulu . Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis bahan kisar hingga wangi dan masukkan cili kisar . Kacau semua bahan-bahan dan biar sampai cili masak kemudian masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air . Kacau bahan-bahan dan biarkan sampai rempah masak dan  pecah minyak.

2. Masukkan santan , asam keping , gula melaka serta garam secukup rasa . Biarkan sampai kuah mendidih dan masukkan ayam tadi dan gaul semua bahan . Jika kuah terlalu pekat boleh la ditambah santan cair . Biarkan kuah mendidih dan dimasukkan buah tomato . Bila ayam dah masak boleh la ditutup api dapur .

2 comments:

  1. wah,sy mmg asal tganu tp lama xmkn gulai camni sbb xreti nk wat..thanks akak 4 the recipe...

    ReplyDelete
  2. thanks 4 the recipe. boleh try nanti

    ReplyDelete