Pages

Wednesday 11 July 2012

CUPCAKE COKLAT

Sedap cupcake ni...
BAHAN-BAHAN :

113gm butter
200 gm gula castor
2 biji telur - grade A
1 sudu kecil esen vanila
320 gm tepung gandum - diayak
2 sudu kecil baking powder - diayak dgn tepung gandum
50grm serbuk koko
240 ml air mendidih
Coklat chips dan kacang walnut secukupnya

Cara Membuatnya:

-Panaskan dulu oven kepada suhu 180C selama 5 minit . Masukkan air mendidih dengan serbuk koko tadi ke dalam bekas yang sesuai dan kacau bagi sebati dan biar sejuk . Ayak semua tepung bersama baking powder dan ketepikan dulu .

- Terus pukul butter dan gula hingga sebati dan adunan jadi kembang serta bertukar warna jadi cerah sikit . Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan sambil dipukul sebati .

- Masukkan esen vanila dan dipukul hingga adunan sebati . Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit , sambil dikaup balikkan dengan menggunakan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati . Masukkan bancuhan koko tadi dan kacau semua bahan sehingga sebati .

- Susun paper cup dalam loyang pembakar .Sendukkan adunan masuk ke dalam paper cup. Taburkan choklat chips dan kacang walnut di atas adunan kek ni .

- Bakar kek ni dalam suhu 180'C selama 20-25 minit atau sehingga kek masak .

Cupcake sebelum dibakar..


Saya dapat resepi cupcake ni dari website JoyofBaking.com link nya DISINI

8 comments:

  1. tengok resepi cam mudah nak buat ni.kalau ada kesempatan rasanya nak buat jumaat mlm ni bole la buat buah tgn untuk jiran yg nak adakan kenduri tahlil sabtu ni

    ReplyDelete
  2. dapat rasa keenakannya dalam mulut bundo ni.

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak.....terasa-rasa dah dalam mulut nih ;p

    ReplyDelete
  4. nampak sedapnya kak tambah2 ada coklat chips tue

    ReplyDelete